Memahami Unit Amanah (Unit Trust)

Posted on Julai 20, 2007. Filed under: :.:Public Mutual:.: |

2.0     Memahami Unit Amanah Saham (Unit Trust)

 

2.1             Unit Amanah Saham

 

            Dana unit amanah saham adalah skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana yang diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim.

 

            Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah dan terkawal kepada para pelabur dalam jangkamasa sederhana hingga panjang melalui pelaburan yang dibuat di dalam pelbagai portfolio saham dan bon, atau instrumen lain yang dibenarkan.

 

2.2             Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah Saham

 

2.2.1       Pengurusan Profesional

 

Unit amanah saham sama ada melantik atau mempunyai pengurus dana profesional dalaman yang mempunyai kemahiran dan sumber bagi menguruskan aset dana. Oleh itu, para pelabur mendapat manafaat daripada pengurusan dana profesional bagi pelaburan mereka di dalam dana pada kos yang rendah (dikongsi).          

 

 2.2.2       Pempelbagaian

           

Pempelbagaian melibatkan proses menyebarkan risiko merentasi portfolio  saham dan bon yang luas dalam syarikat, sektor, negara atau wilayah yang berlainan. Ini boleh dilakukan dengan adanya jumlah wang yang besar untuk membeli pelbagai jenis saham.

 

Unit amanah saham memudahkan proses pempelbagaian dengan menawarkan pelabur kecil, kaedah untuk mengumpulkan wang simpanan mereka bagi membeli pelbagai portfolio saham dan bon yang dapat memberikan pemegang unit, pulangan pada risiko yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan secara langsung dalam pasaran saham.

 

 2.2.3       Kecairan

 

            Pemegang Unit boleh menebus semua atau sebahagian unit milik mereka pada sebarang hari urus niaga dan hasilnya akan dihantar kepada mereka melalui pos dalam tempoh 10 hari.

 

 2.2.4       Urus Niaga Yang Mudah

 

            Unit amanah saham tidak memerlukan pemegang unit melakukan kerja pentadbiran, kertas kerja atau penyimpanan rekod untuk menguruskan pelaburannya.

 

 2.2.5       Keuntungan Modal (Capital Gains)

 

          Melalui penglibatan dalam sekuriti, pelaburan unit amanah saham menyediakan peluang untuk memperoleh pertumbuhan modal sebagai sebahagian pulangan pelaburan pemegang unit.

 

Technorati Tags : , , , , , ,
 
 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.