Pelaburan Dalam Unit Amanah Saham Public Mutual Berhad

Posted on Julai 20, 2007. Filed under: :.:Public Mutual:.: |

1.0            Public Mutual Berhad

 

            Public Mutual Berhad, anak syarikat Public Bank Berhad, telah ditubuhkan pada 21hb, Julai, 1975 dan telah menjadi pelopor dalam industri unit amanah saham di Malaysia.

 

            Public Mutual Berhad adalah syarikat unit amanah saham swasta terbesar di Malaysia. Setakat akhir Mac 2007, penguasaannya melebihi 35.3% dari pasaran keseluruhan unit amanah saham swasta Malaysia.

 

            Ia mempunyai lebih 1,000,000 pemegang akaun dan menguruskan 47 dana. Sehingga 29 Jun 2007, jumlah nilai asset bersih (NAV) dana-dana yang diuruskannya telah melebihi RM22 billion1.

 

            Untuk 4 tahun berturut-turut, Public Mutual telah muncul pemenang terbesar “The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2007” (9 anugerah) dan The Star/Standard & Poors Investment Fund Awards Malaysia 2007 (12 anugerah).

 

            Ia juga memenangi The BrandLaureate 2006-2007 untuk kategori “Syarikat Pelaburan – Perkhidmatan Kewangan Terbaik”, di samping memenangi The Reader’s Digest Trusted Brands Gold Award 2007 untuk 2 tahun berturut-turut bagi kategori “Syarikat Pelaburan”. Sejak 1999, Public Mutual telah memenangi 100 anugerah.2

 

            Baru-baru ini, pada 20 Mei 2007, Public Mutual telah diiktiraf oleh The Failaka Advisors yang beribupejabat di Dubai, dalam The Failaka Islamic Fund Awards, untuk kategori “Pengurus Dana Terbaik ASIA 2006”.3

           

            Dengan pengalaman yang luas selama lebih 30 tahun dalam pengurusan dana-dana unit amanah saham, Public Mutual telah menjadi penerima terbesar4 Skim Pelaburan Ahli KWSP dengan lebih RM4 billion dana KWSP melabur dengannya.

 

            Selain dari ibupejabatnya yang sentiasa bertambah kapasiti kakitangannya, Public Mutual juga yang mempunyai Pejabat Cawangan terbanyak di Malaysia, iaitu 25 buah seluruh negara, di samping Pejabat-pejabat Agensinya lain, demi untuk memberikan perkhidmatan cemerlang dan profesional kepada para pelaburnya.

 

Nota: 1.  Sumber: The Star, 26 Jun 2007.

        2.  Sumber: The Star, 19 Mei 2007.

        3.  Sumber: The Edgedaily, 22 Mei 2007.

        4.  Sumber:  KWSP

 
Technorati Tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Satu Respons to “Pelaburan Dalam Unit Amanah Saham Public Mutual Berhad”

RSS Feed for :.:Unit – Trust – World:.: Comments RSS Feed

bagaimana saya nak mulakan pelaburan..saya tiada penetahuan dalam pelaburan


Where's The Comment Form?

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.