Pelaburan Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi

Posted on Julai 21, 2007. Filed under: :.:Public Mutual:.: |

3.1            Pelaburan Unit Amanah Saham, Simpanan Tetap dan Inflasi

 

            Pelaburan unit amanah saham merupakan instrumen pelaburan yang masih belum mendapat pasaran yang meluas di Malaysia, walaupun prestasinya telah terbukti di antara yang terbaik di Rantau Asia terutama untuk pelaburan dana islamiknya.

 

            3.1       Pecahan Unit Amanah Saham di Bursa Malaysia

 

            Hanya 14% dari jumlah keseluruhan pelaburan di Bursa Malaysia yang dilabur di dalam pelaburan unit amanah saham, berbanding 48% di bursa negara Jepun atau lebih 40% di bursa-bursa negara maju lainnya.

 

            Simpanan Tetap (Fixed Deposit) masih lagi menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia untuk menyimpan wang bagi jangkamasa sederhana dan panjang.

 

3.2       Manfaat Unit Amanah Saham terhadap Inflasi

 

            Pada umumnya, pelaburan unit amanah saham berupaya membantu para pelabur menghadapi susutnilai inflasi menerusi pulangan pelaburan yang lebih menarik jika dibandingkan dengan Simpanan Tetap, apatah lagi Simpanan Biasa.

 

            Di bawah ini adalah ilustrasi perbandingan pulangan pelaburan berjumlah RM1,000,000 yang dismpan atau dilaburkan di dalam Akaun Simpanan Tetap dan Unit Amanah Saham.

 

 

Pelaburan

RM1,000,000

 

Akaun

Simpanan Tetap

 (RM)

 

Unit Amanah Saham

 (RM)

 

Tempoh pelaburan

(Tahun)

 

Jika, Pulangan = 4%

Dan, Inflasi = 3%

 

Jadi, adjusted rate =

= (4–3)% / 1+3%

= 0.9709 %

 

 

Jika, Pulangan = 10%

Dan, Inflasi = 3 %

 

Jadi, adjusted rate =

= (10-3)% / 1+3%

= 6.7961%

 

Jika, Pulangan = 15%

Dan, Inflasi = 3 %

 

Jadi, adjusted rate =

= (15-3)% / 1+3%

= 11.6505%

1

1,009,798

1,067,961

1,116,505

2

1,019,512

1,140,541

1,246,583

3

1,029,411

1,218,052

1,391,816

5

1,049,497

1,389,239

1,735,015

10

1,101,443

1,929,985

3,010,279

15

1,155,961

2,749,800

5,222,880

           

 

            Purata kadar inflasi Malaysia pada tahun 2006 adalah pada aras 3.60%1, dan dijangkakan kadar inflasi pada tahun 2007 akan berada  pada aras  2.50% – 3.00%.

 

            Merujuk kepada kadar inflasi tahunan pada bulan Mac 2006 yang pernah mencecah 4.80%2, Profesor Dr. Mohamed Ariff dari MIER (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia), dalam artikelnya merumuskan bahawa dengan kenaikan kadar inflasi melebihi kadar faedah perbankan (Simpanan Tetap), akan menyebabkan pulangan sebenar adalah negatif. Oleh itu, pelaburan Unit Amanah Saham adalah pilihan yang lebih baik.3 

 

Nota   1.    Sumber : The Edgedaily, 16 April 2007, “Ecnomics Watch : Inflation Is Still A Risk”.

           2.   Sumber : Business Times, 20 April 2006, “March Inflation Leaps On High Transport Costs”.

           3.   Sumber :The Star, 20 Mac 2006, “Unit Trusts An Attractive Option For Savers”.

 

 

Make a Comment

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Liked it here?
Why not try sites on the blogroll...

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.